Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.nit] | ݢرانيت

Definisi : (Geo) sj batu igneus berwarna kelabu yg terdiri drpd feldspar, kuarza, dll dan banyak digunakan dlm pembinaan, spt bangunan dan jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.nit] | ݢرانيت

Definisi : , = batu ~ ist batu igneus berwarna kelabu yg terdiri drpd kuarza dll dan digunakan utk membuat bangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata granit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRANIT UMUM 
BATUAN GRANIT

Batuan granit ialah sejenis batuan igneus yang mengandungi mineral kuarza, feldspar, biotit dan hornblend.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
OBSIDIAN

Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila

lava panas mengalir di permukaan bumi dan

menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai

komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi

dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak

disejukkan dengan perlahan untuk membentuk

hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau

hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah

menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh

dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika

menggunakannya untuk membuat mata anak

panah dan pisau.

Lihat juga Batuan; Granit.

UMUM 
MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE

Memorial Nasional Gunung Rushmore

ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan

granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore.

Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota

Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir

wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala

Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat

(lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala

yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya

142 meter.

UMUM 
DARTMOOR

Dartmoor ialah penara batuan di Devon, di barat

daya England. Daerah ini meliputi kawasan kira-kira

906 kilometer persegi. Dartmoor mempunyai

banyak puncak granit yang dikenali sebagai tor.

Tor yang tertinggi ialah High Willyas, yang setinggi

621 meter. Daerah Dartmoor merupakan sebuah

Taman Negara.

UMUM 
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
NEW HAMPSHIRE

New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di

timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan

seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New

England . Ia terkenal dengan keindahan semula

jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun.

Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar

negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan

besar granit yang terdapat di situ menyebabkan

New Hampshire digelar Negeri Granit .

UMUM 
PULAU KUNDURPULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
PULAU KARIMUNPULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas