Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.vi.ti] | ݢراۏيتي

Definisi : (Fiz) daya tarikan yg menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala spt bulan atau bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.vi.ti] | ݢراۏيتي

Definisi : daya graviti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graviti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT GRAVITI

Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di

mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu

objek digantung dari mana-mana titik pada garis

tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut

akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong

kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek

boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut

arah itu.

UMUM 
GELOMBANG GRAVITIKonsepFIZIKKonsep
ANTIGRAVITI

Antigraviti ialah daya penolakan yang

hipotetikal. Antigraviti diperikan dalam sesetengah

cerita fiksyen sains tetapi tidak diperhati oleh ahli

sains. Pada teorinya, antigraviti menyerupai graviti

kecuali ia menyebabkan objek menolak, bukan

menarik satu sama lain. Contohnya, graviti di bumi

menarik objek ke arah pusat planet. Tetapi

antigraviti, jika wujud, akan menolak objek dari

pusat bumi. Ini bermakna objek tidak jatuh ke

bumi, tetapi “jatuh” ke atas.

UMUM 
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
PENDULUM

Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti.

FIZIKAlat/Alatan
ISOSTASI

Isostasi ialah keadaan keseimbangan graviti di antara litosfera dengan asenosfera, iaitu apungan plat tektonik pada aras tinggi bergantung pada ketebalan dan ketumpatannya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SVEDBERG, THEODOR

Svedberg, Theodor (1884–1971) ialah ahli kimia

Sweden yang terkenal kerana mencipta alat

ultraempar. Alat ini boleh memutarkan bahan

terlalu cepat hinggakan ia mempunyai 500 000 kali

ganda daya graviti yang bertindak ke atasnya. Alat

ultraempar membolehkan kita menentukan berat

molekul protein, dan membantu kajian tentang

keadaan koloid. Svedberg juga terkenal kerana

menyediakan larutan koloid bagi logam dengan

menggunakan arka elektrik. Dia menerima Hadiah

Nobel tahun 1926 untuk bidang kimia. Svedberg

lahir di Valbo, dekat Gävle, Sweden.

UMUM 
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
KESOTAN

Kesotan, pergerakan puing atau kumin tanih secara perlahan-lahan melalui cerun akibat tindakan graviti.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TUKUP GASCara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
12

Kembali ke atas