Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gris] | ݢريس

Definisi : sj minyak pekat yg digunakan sbg pelincir utk jentera dsb; bergris ada gris: bahagian bawah kenderaan lebih cepat menjadi kotor, berlumpur atau ~ kerana bahagian berkenaan lebih dekat dgn permukaan jalan; menggris membubuh (menyapukan, memalitkan dsb) gris pd: dia sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gris] | ݢريس

Definisi : 1 lemak binatang yg dicairkan. 2 sebarang benda pekat yg berminyak dan digunakan sbg pelicin. bergris terdapat gris melekat pdnya; terkena gris; dilumuri gris. menggris menyapukan gris pd sesuatu: Dia ~ bahagian tsb supaya enjin berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sesjahtera. 1) Apakah cadangan terjemahan ini "BIODIESEL PRODUCTION FROM GREASE TRAP WASTE AND ITS PURIFICATION USING ACTIVATED BIOCHAR DERIVED FROM WOODCHIPS BIOMASS" 2) Apakah padanan yang sesuai untuk "as purifier in biodiesel production"? 3) Betulkah terjemahan ini " different residence time" -> jangka masa yang berbeza DAN "activated biochar" -> bioarang diaktifkan? Terima kasihKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Biodiesel production from grease trap waste and its purification using activated biochar derived from woodchips biomass": "Penghasilan biodiesel daripada penapis bahan gris dan penulenannya menggunakan bioarang teraktif hasil biojisim serpai kayu" atau "Pengeluaran biodiesel daripada alat perangkap gris dan pembersihan biodiesel karbon arang teraktif hasil biojisim serpih kayu".


2) "Purifier in biodiesel production": "Pembersih pengeluaran biodiesel" atau "penulen penghasilan biodiesel".


3) "Different residence time": "Waktu penetapan berbeza" atau "tempoh masa berbeza".


4) "Activated biochar": "Bioarang teraktif".


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah22.08.2021

Kembali ke atas