Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gris] | ݢريس

Definisi : sj minyak pekat yg digunakan sbg pelincir utk jentera dsb; bergris ada gris: bahagian bawah kenderaan lebih cepat menjadi kotor, berlumpur atau ~ kerana bahagian berkenaan lebih dekat dgn permukaan jalan; menggris membubuh (menyapukan, memalitkan dsb) gris pd: dia sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gris] | ݢريس

Definisi : 1 lemak binatang yg dicairkan. 2 sebarang benda pekat yg berminyak dan digunakan sbg pelicin. bergris terdapat gris melekat pdnya; terkena gris; dilumuri gris. menggris menyapukan gris pd sesuatu: Dia ~ bahagian tsb supaya enjin berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gris


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grease gunsenapang grisKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang menambah gris dengan cara mengepam gris keluar melalui muncung tirus. Alat ini terdiri daripada sebatang silinder yang dilengkapi mekanisme pengepaman untuk memaksa gris dipancit keluar. Alat ini juga boleh direka bentuk agar memancitkan sejumlah gris yang tetap kuantitinya setiap kali dipam. Senapang gris boleh beroperasi secara automatik dan digunakan untuk memancitkan gris ke dalam galas yang berpelinciran gris.
grease trapperangkap gris/penapis grisKejuruteraanTiada1. Tangki siring yang mempunyai tempoh tahanan antara 10 - 30 minit dengan keluasan yang mencukupi untuk menahan dan menyejukkan minyak sebelum menyingkirkannya.
vert-de-grisvert-de-grisBiologiMikologiPenyakit yang disebabkan oleh Mycelliophthora lutea pada cendawan yang diusahakan.
lubricator (grease)alat pelincir (gris)KejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang digunakan untuk membekalkan gris ke permukaan galas atau komponen bergerak seperti engsel pintu. Jenis alat yang digunakan untuk tujuan ini termasuklah suapan pegas, tembakan terukur dan senapang gris.
greasegrisFizikTiadaTiada
greasegrisPerubatanTiadaMinyak pekat yang digunakan sebagai pelincir.
greasegrisPerubatanTiadaTiada
greasegrisKejuruteraanTiadaTiada
greasegrisKimiaTiadaTiada
greasegrisPentadbiran PerniagaanTiadaMinyak pekat yang digunakan sebagai pelincir.
12345678

Kembali ke atas