Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gua;

Puisi
 

Sarang penyengat di pintu gua,
     Mari terbakar dua pertunang;
Terbang semangat sampai jiwa,
     Menatap nasi kepunyaan abang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Siapa lu,
     siapa gua.

Bermaksud :

Hidup bernafsi-nafsi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cave paintinglukisan guaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLukisan yang dilukis pada bahagian permukaan dinding gua dengan menggunakan arang atau hematit. Antara tapak lusan gua di Malaysia ialah di Gua Badak, Gua Tambun, Gua Kelawar (Perak) dan Gua Batu Luas (Pahang). Kebanyakan hasil lukisan menggambarkan bentuk manusia dengan hiasan dan bentuk binatang. Sebahagian sarjana mengaitkan lukisan ini dengan orang Asli. Di Sarawak, lukisan gua terdapat di Gua Kain Hitam, Gua Batu Puteh, Gua Lobang Ringen dan Gua Sireh. Di Gua Niah terdapat juga lukisan yang berhubungan dengan pengebumian di dalam perahu. Di Sabah, lukisan gua ditemui di Hagop Bilo.
cave sitetapak guaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak tempat tinggal masyarakat prasejarah, pengebumian dan kem persinggahan. Tempat ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu gua batu kapur dan pelindung batuan. Gua ini didiami semenjak Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik. Bukti penempatan manusia dikesan melalui tinggalan artifak alatan batu dan ekofak seperti tulang binatang. Terdapat bukti gua yang didiami secara berterusan melibatkan dua zaman yang berbeza, iaitu Hoabinh dan Neolitik. Lokasinya berdekatan dengan sungai, dan keadaan suhu sejuk menjadi faktor utama pemilihan oleh masyarakat zaman tersebut. Antara tapak gua yang utama di Malaysia ialah Gua Kechil dan Gua Tongkat (Pahang), Gua Cha dan Gua Menteri (Kelantan), Gua Gunung Runtuh dan Gua Teluk Kelawar (Perak), Gua Niah dan Gua Lubang Angin (Sarawak) dan Hagop Bilo (Sabah).
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
grottogrotoGeografiTiadaSebuah gua kecil dalam gua yang lebih besar.
grottogrotoGeologiTiadaSebuah gua kecil dalam gua yang lebih besar.
caverngeguaGeologiTiada2. Satu sistem gua dan kebuk gua yang besar.
cave brecciabreksia guaGeologiTiadaSerpihan bersudut daripada batu kapur yang jatuh ke lantai dari bumbung dan sisi gua dan tersimen dengan kalsium karbonat atau terdapat dalam matriks tanah gua.
cavingjelajah guaSukanTiadaAktiviti mendaki dan meneroka gua.
cave depositmendapan guaGeologiTiadaMendapan bahan yang tak sekata di dalam gua, biasanya terdapat di dalam batu kapur.
cave paintinglukisan guaKesenianTiadaLukisan purba kala yang ditemui di dinding gua
12345678910...

Kembali ke atas