Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gua] | ݢوا

Definisi : lubang besar di kaki bukit (gunung dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siput, burung kubur rimba, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : C, bk ganti nama diri pertama spt aku, saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : lubang atau ruang besar yg terdapat di kaki bukit atau gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gua

Puisi
 

Sarang penyengat di pintu gua,
     Mari terbakar dua pertunang;
Terbang semangat sampai jiwa,
     Menatap nasi kepunyaan abang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Siapa lu,
     siapa gua.

Bermaksud :

Hidup bernafsi-nafsi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan yang bijaksana, Ejaan yang manakah yang betul: a)Gua Hira' b) Gua Hirak c) Gua Hira?Ejaan yang betul ialah Gua Hira - merujuk contoh penggunaannya dalam pangkalan data kami.Ejaan09.03.2012
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan ayat yang betul. 1. Lukisan di dinding Gua Badak atau Lukisan pada dinding gua Badak? 2. Lukisan pada Gua Badak atau Lukisan di Gua Badak?Ayat yang betul ialah Lukisan pada dinding Gua Badak; Lukisan di Gua Badak.  "Pada" digunakan kerana menunjukkan keterangan tempat.Tatabahasa14.02.2017
Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras dan berhantu. Perkatan keras di atas ayat adalah salah, sepatutnya boleh ganti dengan perkataan apa?Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras. Ayat ini betul kerana antara makna keras ialah tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu. Tatabahasa07.10.2011
Macam mana ejaan Gua Thur?Tidak ada contoh penggunaan Gua Thur dalam pangkalan data kami, walau bagaimanapun ejaan tersebut boleh diterima berdasarkan sebutannya.  Ejaan09.03.2012
Apakah yang dimaksudkan nafsi- nafsi 'siapa lu, siapa gua' ?

 Nafsi-nafsi bermaksud mementingkan diri sendiri atau bersendirian. Ungkapan siapa lu dan siapa gua bukan ungkapan baku tetapi merupakan ungkapan bahasa percakapan atau bahasa pasar.

Makna10.11.2008
Salam sejahtera. Adakah terdapat peribahasa atau simpulan bahasa yang boleh memberi makna seperti frasa berikut: 1) sebesar gua/suatu ruangan yang sangat besar 2) Rules are made to be brokenTidak ada maklumat tentang peribahasa yang dikaitkan, untuk maklumat lanjut lihat gua&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gua&d=11 dan klik ruangan "Peribahasa".Lain-lain07.09.2016
Tentang vokal berganding, contoh sering diberikan sebagai satu sebutan "w" jadi: dua (dwa), gua (gwa), kuala (kwa/la), tua (twa). dan Januari (ja/nwa/ri). Apakah betul pecahan bunyi suku kata tersebut? Sedangkan latihan sebutan suku kata hanya menyebut da/di/du/de/do sebagai satu suku kata, dan a/i/u/e/o sebagai satu suku kata juga. Mohon pencerahan untuk perkataan berikut: gua / tua / kuala / Januari sahaja.Contoh yang diberikan ialah vokal berganding. Perkataan seperti [du.a], [gu.a] dan [tu.a] mengandungi dua suku kata. Penggalan bunyi suku kata adalah seperti yang berikut: [dua], [gua] dan [tua].Tatabahasa28.01.2015
Diftong ialah gabungan dua vokal ai,oi,au dalam satu hembusan nafas dan dalam satu suku kata yang sama. Saya ingin mengenalpastikan sama ada Gua,tua,peria adalah diftong atau vokal berganding? Sebab ada maklumat yang telah dicari menyatakan gua,tua,dan peria adalah diftong,dan ada yang menyatakan ia adalah vokal berganding. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberi.Melalui semakan kami terhadap data yang ada, hanya vokal ai, au, dan oi dikenali sebagai diftong. Vokal yang selain daripadanya dikenali sebagai vokal berganding.Tatabahasa18.01.2014
Mengapakah kata ganda kelawar-kelawar salah dalam ayat berikut? Kelawar-kelawar yang bergayutan pada dinding gua itu menarik perhatian pelancong.Perkataan kelawar-kelawar telah menunjukkan banyaknya kelawar dan begitu juga dengan  perkataan "bergayutan" yang membawa makna  bergayut banyak-banyak. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Kelawar yang bergayutan pada dinding gua itu menarik perhatian pelancong".Tatabahasa19.11.2022
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua'Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara.Tatabahasa06.07.2010
123

Kembali ke atas