Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gua] | ݢوا

Definisi : lubang besar di kaki bukit (gunung dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siput, burung kubur rimba, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : C, bk ganti nama diri pertama spt aku, saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gua] | ݢوا

Definisi : lubang atau ruang besar yg terdapat di kaki bukit atau gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gua

Puisi
 

Sarang penyengat di pintu gua,
     Mari terbakar dua pertunang;
Terbang semangat sampai jiwa,
     Menatap nasi kepunyaan abang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Siapa lu,
     siapa gua.

Bermaksud :

Hidup bernafsi-nafsi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukit Chuping Gua Beringin, Tempat orang ambil baja; Putih kuning jangan diingin, Banyak orang balik saja.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari turun ke gua, Sarat membawa buah-buahan; Hari-hari mintakan doa, Lekas bertemu mudah-mudahan.
Kurik Kundi Merah SagaDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.
Kurik Kundi Merah SagaAkar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu?
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaItik terbang gugur bulu, Itik terbang dari gua; Jangan adik menanggung rindu, Sampai masa bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baju pun batik, Bawa lagi ke gua batu; Adik cantik abang pun cantik, Abang nak bawa pelepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baju pun batik, Bawa lagi ke gua batu; Adik cantik abang pun cantik, Abang nak bawa pelepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik dua sekawan, Terbang menuju ke dalam gua; Rindunya adik kepada abang, Rasa nak terbang sekarang juga.
12

Kembali ke atas