Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gua II;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas