Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.bah] | ݢوبه

Definisi : ; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (se­suatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya; penggubah orang yg menggubah, pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bah] | ݢوبه

Definisi : ®kubah II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bah] | ݢوبه

Definisi : ; menggubah 1 mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan. 2 membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak: ~ lagu Melayu. gubahan 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. penggubah orang yg menggubah; pencipta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubah

Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wau gubah kainwau gubah kainKesenianTiadaWau gubah yang dicipta daripada pelbagai bahan kecuali kertas.
wau gubah kertaswau gubah kertasKesenianTiadaWau gubah yang dicipta daripada kertas.
wau gubahwau gubahKesenianTiadaWau yang direka mengikut daya cipta pembuatnya sendiri lazimnya berunsur tumbuhan, haiwan, peralatan sosiobudaya, ciptaan sains dan teknologi dan alam khayalan.
composegubahMatematikTiadaTiada
composegubahKesenianTiada2. Perbuatan menggubah lagu dengan mengatur not dalam frasa yang lengkap.
composegubah; atur hurufKomunikasiTiadaTiada
composegubahPerpustakaanTiada1. Menyediakan komposisi bahan bercetak dengan menentukan dan mengeset huruf demi huruf, baris demi baris dan halaman demi halaman.
composegubahKesusasteraanTiadaTiada
composegubahKesenianTiadaTiada
arrangesusun; gubahKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas