Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
GUBAHAN BUNGA ITU DAPAT DISIAPKAN WALAUPUN MASA YANG DIBERIKAN _____ LEWAT/SUNTUK MANA YANG BETUL?Perkataan yang paling tepat ialah suntuk.Tatabahasa12.09.2013
apakah maksud 'gubahan kata' dan adakah 'singgahsana' dan 'mengenalpasti' perlu dijarakkan.Menurut Kamus Dewan, gubahan merujuk kepada karangan (cerita dll),ciptaan lagu, atau cerpen. Gubahan kata merujuk kepada kata yang ditulis kebiasaannya penuh gramatis dan menarik. Singgahsana dieja satu perkataan manakala mengenal pasti pula dieja dua perkataan.Lain-lain29.09.2007
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu.Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu.Lain-lain05.03.2007
Assalamualaikum, salam sejahtera, sebelum ini saya ada bertanya berkaitan perkataan "jentu" dan "pedunkel". Saya sedia maklum yang "pedunkel" tidak merujuk khusus pada tangkai bunga tetapi juga anatomi pada tubuh badan. Tapi adakah "jentu" di sini boleh merujuk pada "pedunkel" yang ada pada tumbuhan berdasarkan huraiannya iaitu, "jentu" merujuk pada "tangkai yang terbesar pada gubahan bunga" (di mana "gubahan bunga" boleh merujuk pada "infloresens"), sedangkan "pedunkel" pula adalah "tangkai induk yang menyokong infloresens"?Penggunaan kata "jentu" bagi makna "pedunkel" pada tumbuhan perlu dipersetujui dan disepakati oleh pakar bidang tersebut dan pakar bahasa. Walaupun, makna kata ini mempunyai persamaan namun penerimaan dan perakamannya dalam sesebuah kamus perlu mendapat pengesahan pakar.

Cadangan untuk menggunakan kata "jentu" ini dalam penulisan ilmiah atau dalam penyebaran ilmu dan sebagainya adalah baik, namun maknanya perlu diberikan takrifan baharu seperti "pedunkel" yang berbeza daripada makna "jentu" sekarang (terhad kepada makna untuk gubahan bunga; bukan tumbuhan yang asli). 
Makna29.05.2023
bagaimana caranya ingin menghantar karya saya misalnya puisi sajak,gubahan lagu kepada pihak dbp?terima kasih.

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Puisi atau sajak boleh dihantar kepada semua majalah terbitan DBP yang ada menyediakan  ruangan puisi atau sajak. Majalah tersebut ialah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Gubahan lagu pula boleh dihantar melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi anjuran DBP. Maklumat lanjut tentang sayembara ini sdr bolehlah layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my.

Sekian dimaklumkan, wassalam.  

Lain-lain28.07.2010
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020
maksud interpretasi lagu dan triftongLagu bermaksud gubahan muzik biasanya dengan seni kata, manakala triftong ialah gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire.Makna17.10.2011
Apakah definisi muzik secara menyeluruh?Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian.Makna19.02.2008
apakah maksud perkataan sekarangan?Sekarangan merujuk kepada se+karangan (satu + gubahan bunga).
Makna26.12.2019
apakah yang dimaksudkan dengan simfoniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan panca­ragam yang berpemimpin, mempunyai peralat­an lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.

Tatabahasa10.01.2013
12

Kembali ke atas