Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUIT

Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit

terdiri daripada sebilangan gubahan pendek,

biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut

umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang

mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit

berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya

merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian

Bach menggubah beberapa suit penting untuk

hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an.

UMUM 
SCHERZO

Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan

rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan

pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata,

atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo

bercirikan irama rancak dan perubahan

mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta

menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian

bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio

dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan

lebih berirama daripada scherzo lain.

Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven

memperkenalkan scherzo dalam beberapa

gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang

terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari

Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari

Austria, dan Bela Bartok dari Hungary.

UMUM 
RIMSKY-KORSAKOV, NIKOLAI

Rimsky-Korsakov, Nikolai (1844–1908) ialah

penggubah lagu dan guru Rusia yang terkenal. Dia

khususnya dikenali kerana gubahan orkestra yang

berwarna-warni dan penuh imaginasi. Gubahan ini

termasuk Spanish Capriccio (1887), Scheherazade

(1888), dan The Russian Easter Overture (1888).

Unsur lagu-lagu rakyat Rusia boleh didengar dalam

muzik Rimsky-Korsakov sama seperti dalam muzik

koral atau deringan loceng gereja Ortodoks Rusia.

UMUM 
ORATORIO

Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk

penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan

cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh

penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa

sebarang lakonan, kostum atau latar belakang

pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai

watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan

peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan

atau latar belakang, kesan teater seperti api dan

ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra.

Kebanyakan oratorio mempunyai seorang

pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo

dan memberi maklumat lanjut tentang cerita.

UMUM 
SENANDUNG

Senandung ialah gubahan muzik yang

mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan

vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam

sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak

pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk

kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua-

duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak

mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk

sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an.

UMUM 
SIMFONI

Simfoni ialah gubahan muzik besar-besaran

untuk orkestra. Simfoni terbahagi kepada

bahagian-bahagian yang dikenali sebagai gerak

muzik. Kebanyakan simfoni terdiri daripada

empat gerak muzik, tetapi sesetengahnya hanya

mempunyai satu, manakala terdapat pula yang

sampai enam gerak muzik. Gerak pertama

kebanyakan simfoni sederhana cepatnya. Gerak

kedua ialah yang paling perlahan, dan yang

ketiga mempunyai mutu seperti tarian. Gerak

keempat adalah rancak, yang merupakan

berakhir kemenangan.

UMUM 
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
ÉTUDE

Étude ialah gubahan muzikal pendek yang ditulis

khusus untuk membolehkan pelajar mengamalkan

teknik tertentu.

UMUM 
KANON

Kanon ialah gubahan muzik yang mengandungi

dua atau lebih suara atau alat muzik yang

mengulangi satu melodi.

UMUM 
RONDO

Rondo ialah satu bentuk gubahan muzik, di mana

bahagian utama atau temanya, diulang sekurang-kurangnya

sebanyak tiga kali dalam nada yang sama.

UMUM 
1234

Kembali ke atas