Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ga.tan] | ݢوݢتن

Definisi : dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gugatandakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuntutansesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
tagihan1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang;Kamus Dewan Edisi Keempat
gugat I; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; penggugatan perihal atau perbuatan menggugat; penggugat orang yg menggugat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tagih Imenagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuntut; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas