Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur

Puisi
 

Hendak gugur gugurlah nangka,
     Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
     Jangan teringat orang yang jauh.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 
PERGUNUNGAN WHITE

Pergunungan White merupakan sebahagian

daripada sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari

Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat.

Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana

puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada

musim bunga dan musim gugur puncak yang

berwarna putih menjadi lebih mengagumkan

kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung

ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian

(peta).

UMUM 
ASPEN

Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz

sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara.

Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna

cerah dan mempunyai daun yang mungkin

berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat.

Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper

dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila

ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun

aspen berubah menjadi kuning garang.

UMUM 
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM 
GURINDAM DUABELAS

GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M.

SASTERAKarya

Kembali ke atas