Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gus] | ݢوݢوس

Definisi : 1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3. (Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~ konsonan; ~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin) gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes; bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya; gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gus] | ݢوݢوس

Definisi : 1 benda yg tumbuh banyak-banyak pd satu tangkai (biasanya buah-buahan); benda yg sama jenisnya (spt anak kunci) dan dikumpulkan dlm satu ikatan: Se~ rambutan berharga lima ringgit. 2 = gugusan beberapa benda (spt pulau) yg berada dlm kumpulan dan dikira satu; kelompok: ~ Pulau Melayu; ~ bintang. bergugus-gugus berkumpul dlm satu kumpulan; berkelompok-kelompok; banyak gugusnya: Buahnya lebat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cluster of starsgugus bintangMatematikTiadaKumpulan bintang yang anggotanya lebih hampir dengan satu sama lain berbanding dengan bintang-bintang di sekelilingnya, dan dikelaskan kepada dua jenis am : gugus galaksi/gugus terbuka, dan gugus globul.
moving clustergugus bergerakMatematikTiadaGugus bintang berserak, seperti gugus Hyades atau Ursa Major, yang jaraknya dapat ditentukan berdasarkan halaju jejarian dan gerakan sebenar setiap bintang, kerana bintang di dalam gugus ini memiliki gerakan ruang yang sama, dan jika sistem itu berada cukup hampir dengan bumi, jaraknya akan kelihatan seperti mencapah keluar dari satu titik di dalam ruang, dan arah titik ini adalah selari dengan gerak ruang gugus yang berkenaan.
superclustersupergugusMatematikTiadaGugus beberapa gugus galaksi.
acyl groupgugus asilHerbaFitokimiaNama am yang digunakan untuk merujuk kepada gugus yang terdiri daripada kumpulan berfungsi karbonil yang terikat kepada kumpulan alkil atau aril. Gugus asil terdapat pada beberapa siri sebatian organik. Asetil dan benzoil ialah contoh khusus bagi gugus asil.
neutron lifetime loglog masa reput termaKejuruteraanPetroleumLog telaga yang merekodkan data pengukuran yang diperolehi daripada proses penembakan neutron secara gugus demi gugus ke dalam formasi. Setiap tembakan diselangi dengan masa hening, iaitu neutron dipancutkan sehingga secara keseluruhannya fenomenon yang terjadi ialah denyut-denyut neutron masuk ke dalam formasi. neutron ini dikeluarkan oleh penjana neutron. Log-log telaga yang termasuk dalam jenis ini ialah log masa reput terma, log tempoh hayat neutron dan log sinar gama spektrum teraruh.
biocytinbiositinKimiaTiadaSebatian yang terbentuk akibat pengikatan biotin melalui gugus karboksilnya dengan gugus amino suatu molekul lisina.
blocking groupkumpulan penghalangKimiaTiadaKumpulan yang bertindak balas dengan gugus amino bebas atau gugus karboksil dalam asid amino, yang menghalangnya untuk mengambil bahagian seterusnya dalam pembentukan ikatan peptida.
adenine-thymine pairingperpasangan adenina-timinaKimiaTiadaPasangan berdasarkan ikatan hidrogen antara gugus adenina dan gugus timina dalam molekul DNA.
main sequence fittingpadanan jujukan utamaMatematikTiadaKaedah untuk mengukur modulus jarak, yakni jarak gugus bintang, terutamanya gugus terserak, melalui pemindahan dua graf jujukan utama.
Coma clustergugus KomaMatematikTiadaGugus galaksi berbentuk sfera, berhampiran dengan kutub galaksi utara, dalam buruj Coma Berenices yang mengandungi sekurang-kurangnya 1000 galaksi SO elip yang cerah.
12345678910...

Kembali ke atas