Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : beberapa benda (spt pulau) yg berada dlm kumpulan dan dikira satu; kelompok: ~ Pulau Melayu; ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GUGUSAN PULAU UMUM 
SAMOA

Samoa ialah gugusan pulau di Lautan Pasifik

Selatan. Gugusan pulau-pulau ini dahulunya

dinamakan Navigators Islands kerana pembuatan

kanu yang baik oleh orang Samoa. Samoa meliputi

kawasan seluas 3039 kilometer persegi dan

mempunyai penduduk lebih kurang 193 000 orang.

Hampir kesemua penduduknya adalah orang

Polinesia.

UMUM 
PULAU PALM

Pulau Palm ialah gugusan pulau yang terletak 64

kilometer di utara Townsville dan 32 kilometer di

timur Ingham di Queensland Utara, Australia. Pulau

Great Palm, iaitu pulau yang terbesar dalam

gugusan ini, meliputi kawasan seluas 65 kilometer

persegi. Bukit bukaunya yang curam dilitupi hutan

hujan yang tebal. Di Teluk Challenger di barat laut

pulau ini, terdapat sebuah petempatan Orang Asli

Australia yang mempunyai penduduk kira-kira 2000

orang.

UMUM 
TONGAGugusan pulau-pulau di Lautan pasifik Selatan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
PESCADORES

Pescadores (pend. 100 288) ialah gugusan 63

buah pulau yang meliputi keluasan 127 kilometer

persegi di Selat Taiwan, iaitu antara Taiwan

dengan China.

UMUM 
LEPUH SEJUK

Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang

disebabkan oleh virus yang dinamakan virus

herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku

di mana-mana sahaja pada badan. Walau

bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada

muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran

mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila

seseorang itu mendapat selesema atau demam.

UMUM 
RHODES

Rhodes ialah salah sebuah pulau dalam gugusan

Kepulauan Dodecanese di Laut Aegean. Pulau ini

terletak 19 kilometer dari barat daya pantai Asia

Kecil.

UMUM 
TIERRA DEL FEUGO

Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau

yang terletak di luar di hujung paling selatan di

Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah

api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada

tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang

pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini

biasanya memasang banyak unggun api untuk

memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan

ke Pasifik.

UMUM 
ENDOMETRIOSIS

Endometriosis ialah penyakit dalam sistem

pembiakan wanita yang melibatkan gugusan sel

dari lapisan uterus menyerang bahagian lain.

UMUM 
1234

Kembali ke atas