Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak; ~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna; menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; gulai-menggulai pekerjaan menggulai; menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan; penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan lauk-pauk yg berkuah (biasanya disertai rempah-rempah): ~ ayam; ~ lemak gulai bersantan tetapi tidak berempah. menggulai memasak gulai; membuat gulai: Isterinya memang pandai ~. menggulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: Halimah ~ ikan tenggiri utk ayahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulai

Puisi
 

Nasi lemak gulai udang,
     Tiga dengan gulai pari;
Bajunya kot songketnya gadang,
     Hilang di mata mana nak cari.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Babi merasa gulai.

Bermaksud :

Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul: Ibu masak gulai ikan atau Ibu masak ikan gulai?Ayat yang betul ialah "Ibu masak gulai ikan".Tatabahasa01.11.2014
(Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.) adakah ayat di atas betul?

Saudara,

Ayat ini betul.

Tatabahasa12.10.2010
Ibu menegur adik kerana ________ lauk gulai makanan mereka sekeluarga. a mencolek b.mencecap c. mencekau jawapan yang mana paling tepat?B. Mencecap. T.kasih.Tatabahasa14.08.2008
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul.
2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian".
3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya".
4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah.
Tatabahasa19.04.2012
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari?Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.Lain-lain29.11.2015
1. Adakah ayat-ayat ini betul: i) Setiap pekerja perlu memastikan bahawa majikan membuat caruman pendapatan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. ii) Pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak sekolah kami. iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. 2. Ayat mana satu yang betul: i) Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya. ii) Sedangkan Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, apatah lagi adiknya.

Ayat  i dan ii betul.

Ayat (iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa, kurang tepat kerana kata pemeri “adalah” tidak boleh hadir di hadapan prasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Ayat  “Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya” perlu diedit seperti yang berikut “Bukan Yasmin sahaja tidak termakan gulai yang pedas itu, malahan adiknya.”

Tatabahasa29.10.2020
saya ada kemuskilan mengenai ayam kari dan kari ayam.. adakah penggunaan ini boleh digunakan seperti saya makan kari ayam. kakak saya masak ayam kari ?adakah penggunaan ayat ini betulMengikut Hukum D - M, kari ayam. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ayam (bukan kari ikan).Tatabahasa01.08.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih.Kamus Dewan memberikan makna  "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat men­cicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia.Makna03.02.2014
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
kenapa frasa 'membelikan baju' kurang tepat? Bukankah frasa ini bermaksud membuat sesuatu sepertimana frasa 'merundingkan hal itu'? kedua-dua frasa nampak sama maksud apabila menggunakan apitan 'meN....kan. Hal inilah yang mengelirukan sayaKata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "membelikan" menjadi ayah membelikan adik baju atau contoh lain saya memasakkan tetamu gulai ikan. Selain itu apitan juga men-...-kan juga membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya ... merundingkan hal ... dan ... merancangkan projek .... Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 197.Tatabahasa09.09.2012
12

Kembali ke atas