Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak; ~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna; menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; gulai-menggulai pekerjaan menggulai; menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan; penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.lai] | ݢولاي

Definisi : masakan lauk-pauk yg berkuah (biasanya disertai rempah-rempah): ~ ayam; ~ lemak gulai bersantan tetapi tidak berempah. menggulai memasak gulai; membuat gulai: Isterinya memang pandai ~. menggulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: Halimah ~ ikan tenggiri utk ayahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulai

Puisi
 

Nasi lemak gulai udang,
     Tiga dengan gulai pari;
Bajunya kot songketnya gadang,
     Hilang di mata mana nak cari.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Babi merasa gulai.

Bermaksud :

Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gravykuahPentadbiran PerniagaanTiadaAir atau cairan daripada gulai atau hasil masakan sayur, daging dan lain-lain.
bunga kantanbunga kantanPentadbiran PerniagaanTiadaTumbuhan yang batang dan bunganya dibuat kerabu atau gulai yang sangat terkenal dalam masakan Melayu.
head rhymerima awalKesusasteraanPuisiPembentukan rima pada suku kata awal perkataan baris sesuatu rangkap atau sesebuah puisi. Perkataan tersebut menjadi objek dan persoalan utamanya. Contohnya, rima awal yang terdapat pada empat baris pertama puisi "Kecaplah Kecap" karya J.M. Aziz. lkan golek ikan panggang kunyit ikan masak kicap ikan gulai lemak

Kembali ke atas