Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gum.pal] | ݢومڤل

Definisi : 1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan); bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah men-jadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul; menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu; gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah;penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah; penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gum.pal] | ݢومڤل

Definisi : kumpulan benda (spt darah, tanah liat) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1 membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2 ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. penggumpalan 1 proses menjadi bergumpal (mis darah): Bahan tsb berupaya menghalang ~ darah. 2 perihal atau perbuatan menggumpalkan. penggumpal bahan yg menyebabkan berlakunya penggumpalan: Vitamin K dikenali sbg agen ~ darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gumpal


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
coagulation processproses koagulasiproses gumpalproses gumpalPenternakan
coagulantgumpal, koagulanTiadakoagulanPerubatan
angular blockygumpal bersudutblok bersudutblok bersudutPertanian
milker's nodulegumpal perahnodul pemerusunodul pemerusuPenternakan
subangular blockygumpal membulatblok separa bersudutblok separa bersudutPertanian
angular blocky structurestruktur gumpal bersudutstruktur blok bersudutstruktur blok bersudutPertanian
subangular blocky structurestruktur gumpal membulatstruktur blok separa bersudutstruktur blok separa bersudutPertanian
blocky soil structurestruktur tanah gumpal/kubusstruktur tanah berblokstruktur tanah berblokPertanian

Kembali ke atas