Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gum.pa.lan] | ݢومڤلن

Definisi : 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gum.pa.lan] | ݢومڤلن

Definisi : sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gumpalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAUFAN AIR

Taufan air ialah sejenis puting beliung yang

berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan

air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah

terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal,

hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu

gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di

bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini

menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera

memeluwap dalam gumpalan itu dan air di

permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan

itu.

UMUM 
NEUTRON

Neutron ialah zarah subatom. Neutron, bersama

dengan zarah subatom lain yang dikenali sebagai

proton, membentuk nukleus atom, kecuali atom

hidrogen biasa, yang mempunyai nukleusnya

terdiri daripada satu proton (lihat Proton ). Neutron

dan proton membentuk 99.9 peratus jisim atom.

Gumpalan elektron di sekeliling nukleus

membentuk jisim yang selebihnya (lihat Elektron ).

Di dalam nukleus, neutron dan proton bercantum

bersama dengan daya yang dikenali sebagai saling

tindakan kuat atau daya nukleus kuat .

UMUM 

Kembali ke atas