Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna II; guna-guna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera..sy ingin bertanyakan tentang penggunaan kata sendi 'untuk' dan 'demi'..bagaimana cara penggunaannya dan bolehkah mendapat pendapat daripada bebarapa tokoh bahasa berkaitan hal tersebut..Mengikut kamus Dewan Edisi 4 kata untuk bermaksud i. ditentukan bagi, merupakan bahagian;ii. guna,bagi, buat. Kata demi antaranya bermaksud kerana,untuk. Oleh yang demikian sdr. bolehlah menggunakan salah satunya dalam ayat sdr. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu yang disusun oleh beberapa tokoh bahasa dan diterbitkan oleh DBP untuk penerangan lanjut.Tatabahasa09.08.2007
Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih

Wasalam.  Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya

i.   proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan

ii.  penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan.

iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi

 Sekian. Terima kasih.
Istilah10.11.2017
askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tkWasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih.Istilah13.11.2017
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
apakah beza untuk dan demi cikgu saya cakap beza mereka ialah abstrak dan konkrit jika belakang ialah konkrit guna untuk jika belakang ialah abstrak guna demi betul tak demi belakang boleh diletakkan kata kerja?

Kata sendi nama “demi” bertugas membawa makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya Anggota tentera sanggup berkorban “demi kesejahteraan negara. Manakala kata sendi nama "untuk"  digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan makna (i) menunjukkan kegunaan sesuatu, (ii) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibinadan  Ayah membeli kereta untuk ibu”. Berdasarkan kedua-dua contoh ayat di atas kata sendi nama “untuk” tidak boleh bertukar ganti dengan “demi”. Selepas kata “demi” boleh dikuti dengan kata kerja contohnya “Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu”. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276 – 277).

Tatabahasa21.10.2021
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
Tuan, saya difahami bahawa: (1) dengan ialah kata sendi yang perlu diikuti kata nama. Dalam hal ini, lancar dan meriah ialah kata adjektif. oleh itu, perlukah kita tambah -nya bagi kata adjektif ini jika depan ialah kata sendi dengan? contoh: (i)Program itu dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya atau (ii) Program itu dijalankan dengan lancar atau meriah? (yang mana betul) (2) dijalankan ialah kata kerja pasif bagi kata kerja aktif transitif bagi menjalankan. Oleh itu, bolehkah kita menggunakan : i) Program itu dijalankan dengan lancarnya atau perlu guna ii) Program itu berjalan dengan lancarnya? (yang mana betul) Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

Jawapan yang betul seperti yang berikut:

1. Program itu dijalankan dengan lancar dan meriah.
2. (i) Program itu dijalankan dengan lancar
    (ii) Program itu berjalan dengan lancar.

Tatabahasa30.07.2023
bila harus guna tanda baca ini (" ")

Untuk makluman sdr penggunaan tanda baca petik (" ") adalah seperti yang berikut:

      (a)  mengapit cakap ajuk, petikan langsung dsb.

      (b)  penulisan dailog (penulisan kreatif); "Bila sampai?" tanya Ali.

     (c)   mengapit judul rencana, karangan, puisi, dan bab buku yang dipakai dalam kalimat.;

                (i) Rencana yang ditulisnya " Manusia dan Alam Sekitar" diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa.

               (ii) Sajak " Bahasaku" , karya Ali telah terpilih sebagai pemenang utama dalam  pertandingan   

                    sayembara puisi.

    (d) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus;

              Ayu sedang menyediakan "anatomi" halaman buku itu.

Tatabahasa19.06.2009
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut.Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa11.08.2011
12

Kembali ke atas