Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.dah.gu.la.na] | ݢونده- ݢولان

Definisi : duka dan lesu, duka lara; menggundah-gulanakan menjadikan gundah-gulana, mendukalarakan: dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu; kegundah-gulanaan keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg melihat kuasa asing sbg penceroboh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.dah.gu.la.na] | ݢونده- ݢولان

Definisi : sl sedih dan lesu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.dah.gu.la.na] | ݢونده- ݢولان

Definisi : tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundah-gulana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lifestyle diseasepenyakit gaya hidupPsikologiPsikologi UmumPenyakit yang berkaitan dengan tabiat peribadi yang boleh merosakkan kesihatan seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan barah. Gaya hidup yang sihat boleh meningkatkan kesejahteraan tetapi sekiranya tingkah laku yang diamalkan itu tidak sihat, maka risiko untuk dijangkiti penyakit kronik adalah tinggi. Antara tabiat atau tingkah laku yang tidak sihat yang menjadi amalan individu ialah merokok, makan secara berlebihan, kurang beriadah, memandu laju, melakukan seks secara tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan stres. Di samping itu, terdapat juga individu yang mempunyai personaliti yang meningkatkan risiko penyakit kronik seperti suka bermusuhan, murung, gundah-gulana dan sering mengejar masa.
metrical fillerspengisi matrisKesusasteraanTiadaSuku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�.

Kembali ke atas