Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.du] | ݢوندو

Definisi : 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt guli (getah, kepingan kayu, dll) yg digunakan sbg pelontar (lastik dll) dlm permainan guli (getah, jengkek, dsb), tagan; bergundu 1. bermain guli; 2. ada atau mempunyai gundu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.du] | ݢوندو

Definisi : sesuatu (guli, getah, kepingan kayu, kaca dll) yg digunakan sbg pelontar dlm sesuatu permainan. bergundukan menggunakan sesuatu (guli dll) sbg gundu: Dia ~ kepingan kaca semasa bermain jengket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 Farhana mencampakkan gundu ke tanah. 2 Farhana mencampak gundu ke tanah. Adakah jawapan no 2 diterima? Atau kedua-dua diterima?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2014
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta?Perkataan “guli” dan “gundi” wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak “guli-gundu” kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata “berderet-deret” ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan.Tatabahasa13.03.2014
Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP.Istilah28.10.2016

Kembali ke atas