Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ni] | ݢوني

Definisi : 1. serat yg didapati drpd sj pokok utk dibuat karung; 2. karung yg dibuat drpd serat sj pokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ni] | ݢوني

Definisi : 1 serat yg diperoleh dr pokok utk dibuat karung. 2 karung yg dibuat drpd serat pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guni

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah acara " lompat dalam guni" betul?Acara "lompat dalam guni" boleh digunakan jika merujuk perbuatan melompat menggunakan guni.Tatabahasa11.08.2011
"Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"?Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal.Tatabahasa03.07.2012
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
buah - biji - penjodoh guni - helaiseperti di atasTatabahasa24.05.2008
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak.
2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 
3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah.
Tatabahasa11.01.2012
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasihUntuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang.Istilah12.10.2012
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan?Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Tatabahasa15.07.2011
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa?Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut.Tatabahasa02.05.2012
apakah makna gundi? Contoh ayat: Tenggiling itu disimpan di dalam gundi dan disorok di dalam keretanya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, gundi ialah sejenis buah; kembal gundi (Perak) kembal yang berbentuk buah dan dihiasi dengan kertas berwarna.

Daripada contoh ayat yang diberikan, perkataan gundi tidak tepat digunakan. Perkataan yang hampir dan sesuai digunakan dengan konteks ayat ialah guni.
Makna08.07.2013
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
12

Kembali ke atas