guntingan(clips) | Gambar atau teks yang telah dipotong atau disalin oleh pengguna daripada dokumen yang sedia ada untuk digunakan dalam lukisan atau dokumen lain. | Kamus Komputer |
guntingan | hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. | Kamus Pelajar |
gunting | 1. alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2. potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1. menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~ 2. dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2. ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati orang. guntingan hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. penggunting 1. orang yg menggunting. 2. alat yg digunakan utk menggunting. | Kamus Pelajar |