Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.tur] | ݢونتور

Definisi : guruh; harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh; mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.tur] | ݢونتور

Definisi : bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guntur

Peribahasa

Seperti itik mendengar guntur.

Bermaksud :

Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza antara guruh dengan gemuruh?Guruh bermaksud bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar.

Gemuruh bermaksud bunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar.
Makna09.08.2017
apakah ciri-ciri wacana?

 Saudara boleh merujuk bahan ini :

1.Wacana dalam teks Penulisan / Khatijah Abdul Hamid. Dewan Bahasa : 1 Disember 2001

2. Memahami Peranan wacana / Tariqan, Henry Guntur . Pelita Bahasa : 1 Oktober 1996

3. Membina wacana akademik yang mantap / Normala Mohamad Yusof . Pelita Bahasa : 1 Februaru 2007

4. Sejarah Perkembangan Analisis Wacana / Wong Khek Seng . Jurnal Dewan Bahasa : 1 Mei 1992

5. Wacana dan Sejarahnya / Shamsudin Othman . Pelita Bahasa : 1 Mei 1999

6. Wacana perbincangan, perbahasa dan perundingan / Asmah Hj Omar (1996)

Lain-lain20.08.2008

Kembali ke atas