Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.rau] | ݢوراو

Definisi : percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anak-anda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar; bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang? gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.rau] | ݢوراو

Definisi : percakapan, perbuatan dsb utk bermain-main saja dan menggembirakan hati; kelakar: ~ senda, = senda ~ berbagai-bagai kelakar. bergurau, = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurau

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bantern gurau senda, senda gurau, seloroh, olok-olok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wisecrackn (colloq) gurau senda: he amused us with all his ~ s, dia menggelikan hati kami dgn segala gurau sendanya; she was cross because I made a ~ about her clothes, dia naik marah sebab saya membuat gurau senda ttg bajunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bantervi bergurau senda, bersenda gurau, berseloroh, berolok-olok: the speaker ~ed with the audience, penceramah itu bergurau senda dgn para hadirin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apishadj 1. silly, foolish, kebodoh-bodohan: ~ jesting, senda gurau yg kebodoh-bodohan; 2. ape-like, /spt, macam, bagai/ beruk; 3. imitative, suka mengajuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greennessn 1. being green, kehijauan: the ~ of the grass, rumput yg kehijauan; 2. (fig.) masih /hijau, mentah/: his ~ made him a target for practical jokes, oleh krn dia masih hijau dia menjadi sasaran gurau senda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas