Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.rau] | ݢوراو

Definisi : percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anak-anda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar; bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang? gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.rau] | ݢوراو

Definisi : percakapan, perbuatan dsb utk bermain-main saja dan menggembirakan hati; kelakar: ~ senda, = senda ~ berbagai-bagai kelakar. bergurau, = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurau

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Senda gurau atau gurau senda? Bersenda gurau atau bergurau senda?Senda gurau dan gurau senda, kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.10.2017
adakah perkata gurau senda satu kata ganda? dieja dalam satu perkataan atau dua? bergurau senda atau bersenda gurau?

Gurau senda ialah frasa dan bukan kata ganda dan dieja dua perkataan.

Tatabahasa29.10.2011
Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih

Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza:

 

serak - 1. parau atau garau (suara)

            2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain)

 

gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok

Lain-lain20.07.2022
maksud bercengkerama

Saudara Fuad,

Maksud perkataan bercengkerama ialah  1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria.

Makna16.06.2010

Kembali ke atas