Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senda, kelakar, jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata-kata atau perbuatan utk bergurau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurauan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gurauankata-kata atau perbuatan utk bergurau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gurauansenda, kelakar, jenaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
gurauankata-kata atau perbuatan utk bergurau.Kamus Pelajar
canda I1. kelakuan; 2. Jk gurauan, kelakar; 3. Mn rupa: pernahkah aku melakukan yg buruk rupanya dan salah ~nya? bercanda 1. berkelakuan, bertingkah; 2. Jk bergurau, berkelakar: dia turut ~ dan bergurau hanya sekadar perlu.Kamus Dewan Edisi Keempat
banyak cantiksr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
banyak1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
guraupercakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anak-anda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar; bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang? gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
guraupercakapan, perbuatan dsb utk bermain-main saja dan menggembirakan hati; kelakar: ~ senda, = senda ~ berbagai-bagai kelakar. bergurau, = ~ senda berkata-kata atau berbuat sesuatu (berlawan, bergomol dsb) utk bermain-main saja dan utk menggembirakan hati; berkelakar: Dia hendak ~ saja, jangan marah. gurauan kata-kata atau perbuatan utk bergurau.Kamus Pelajar

Kembali ke atas