Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senda, kelakar, jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata-kata atau perbuatan utk bergurau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurauan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meiosisungkapan merendahKesusasteraanPuisiGaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut
persiflagekata sendaKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.

Kembali ke atas