Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ru] | ݢورو

Definisi : 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ru] | ݢورو

Definisi : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru

Puisi
 

Dari mana mula dikejar,
     Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
     Cuba hadap sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bak nyiru bak tampian,
     bak guru bak anak sasian.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pen­daftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

Taman bimbingan kanak-kanak ialah

sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang

berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini

belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti

yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas.

Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil

prasekolah, membantu kanak-kanak membina

kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar

menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan.

Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan

kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta

menggalakkan mereka berdikari.

UMUM 
PENDIDIKAN GURU

PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
LATIHAN GURU

LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
TOKOH GURU

TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAnugerah/Hadiah
LEMBAGA BAHASA MELAYU

LEMBAGA BAHASA MELAYU, pertubuhan bahasa yang ditubuhkan oleh guru-guru Melayu. Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada tahun 1950 mendorong sebahagian guru Melayu untuk menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MAJALAH GURU

MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk.

SASTERAPenerbitan
MAKTAB MELAYU MATANG

MAKTAB MELAYU MATANG, maktab perguruan kedua di Perak. Maktab ini dibuka pada 11 Oktober 1913, setelah Sultan Idris Syah tertarik dengan pencapaian Maktab Melayu Melaka yang telah ditubuhkan pada tahun 1900. O.T. Dussek, pengetua maktab tersebut, telah memberi bantuan merangka struktur dan kurikulum Maktab Melayu Matang. Kekurangan guru-guru terlatih bagi sekolah-sekolah Melayu Perak tidak dapat ditampung oleh Maktab Melayu Melaka yang dapat mengambil hanya 10 orang pelatih dari Perak pada setiap tahun. Maktab Melayu Melaka juga terpaksa melatih guru pelatih dari negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas