Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GURUH

Guruh ialah bunyi yang terhasil disebabkan berlakunya pengembangan udara yang cepat dan kuat apabila dipanaskan pada suhu yang boleh mencapai sehingga 10 000 ºC.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SURAH AL-RA'D

Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah

ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut

kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam

surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan

kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air

sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari

awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula

dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia

membawa hujan dan juga petir. Melalui air,

wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya

kebinasaan.

UMUM 
AEGIS

Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba,

ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan

untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya.

Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter,

membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang

kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi

pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut

terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut,

Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat

menukar manusia kepada batu.

UMUM 
KHAMIS

Khamis ialah hari yang kelima dalam satu

minggu. Kaum Norseman purba menganggap hari

ini sebagai hari suci bagi Thor, iaitu dewa guruh

bagi kaum Teutonik. Khamis bermaksud hari Thor.

UMUM 
DEBUM BUNYI

Debum bunyi ialah bunyi yang kuat disebabkan

oleh sesuatu objek – biasanya kapal terbang

yang terbang pada kelajuan supersonik. Bagi

seseorang di bumi, bunyi itu kedengaran seperti

dentuman guruh

UMUM 
AHLI NUJUM

Ahli nujum ialah gelaran yang diberi kepada

orang di Rom purba yang mentafsir tanda untuk

pegawai kerajaan. Orang Rom percaya bahawa

dewa mereka menunjukkan kehendak mereka

menerusi tanda atau alamat, seperti guruh atau

kilat, burung yang terbang atau bunyi burung,

gerak-geri ular dan mencit.

UMUM 
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas