Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thunderguruhMeteorologiMeteorologi PerhubunganBunyi kuat yang menyertai panahan kilat, disebabkan oleh pemanasan dan pengembangan serta-merta udara disepanjang laluan kilat tersebut. Jarak kilat dari pemerhati dapat dianggarkan dengn mengira selang masa antara panahan kilat dilihat dan petir didengar, iaitu 1 km setiap 3 saat. Guruh jarang kedengaran dalam jarak yang melebihi 20 km, walaupun jarak 65 km pernah dilaporkan.
thunderguruhSainsHidrometeorologiBunyi yang kuat atau bergemuruh yang menyertai kilat. Sinonim guntur.
thundereggtelur guruhGeologiTiadaTiada
brontometermeter guruhKejuruteraanTiadaTiada
thunderheadkepala guruhSainsHidrometeorologiKata umum bagi inkus awan kumulonimbus; atau kurang tepat, bahagian atas kumulus yang mengembang, atau keseluruhan kumulonimbus.
thundercloudawan guruhMeteorologiMeteorologi PerhubunganNama popular untuk kumulonimbus, iaitu awan yang berkaitan dengan ribut petir.
civil twilightsenja guruh (petang)GeografiTiadaTiada
thunder machinemesin guruhKesenianTiadaTiada
civil twilightsenja guruh (petang)GeologiTiadaCahaya matahari malap yang dipantul daripada lapisan atas atmosfera ke permukaan bumi sebelum matahari terbit daripada ufuk pada waktu sebelah pagi dan juga setelah ia terbenam di bawah ufuk pada sebelah petang.
thunder drumtambur guruhKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas