Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara
tentera Rusia dengan tentera Berikat dari
Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki),
Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama
perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea,
sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine,
tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat
Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan
tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam
Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun,
sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih
kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom
mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau
Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau
itu.