Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : agak bimbang atau risau akan sesuatu yang tidak baik yang mungkin berlaku dan sebagainya (Kamus DBP versi dalam Talian)

[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : berang, marah: ia menunjukkan gusarnya kepada saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : berasa panas hati atau marah: Mengapa tuan ~ terhadap saya? menggusari berasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya. menggusarkan menyebabkan berasa gusar: Rengek anak kecil itu ~nya. kegusaran keadaan atau rasa gusar; kemarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gusar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
noise exposure-forcastramalan dedahan bunyiFizikAkustikKaedah menilai gusar kerana turun-naik bunyi hingar.
closed coupletkuplet lengkapKesusasteraanPuisiPuisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar.

Kembali ke atas