Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gus.ti] | ݢوستي

Definisi : Jw gelaran atau panggilan bagi orang bangsawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gus.ti] | ݢوستي

Definisi : ; perlawanan menjatuhkan lawan dgn bergelut; bergusti bergelut dgn lawan utk menjatuhkannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gus.ti] | ݢوستي

Definisi : perlawanan menjatuhkan lawan dgn bergomol atau bergelut (tidak boleh menumbuknya). bergusti berlawan gusti; bergomol; bergelut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gusti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021
Salam sejahtera, Terima kasih ! Saya menerima respon daripada pihak DBP tadi mengenai soalan " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " tetapi saya masih tidak memahami dgn jelas. Saya difahamkan " benar dan betul " bukan kata penguat tetapi kata pembenar. Jadi adakah " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " itu salah ? Contoh ayat : Ahli gusti itu sungguh kuat betul . Adakah ayat ini gramatis ? Menurut sebuah buku, dikatakan kata " sungguh " dan " betul " tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat yang sama. Sekiranya benar, mengapa dua kata tersebut tidak boleh hadir bersama dalam satu ayat ? Terima kasih & maaf mengganggu.Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Frasa 'sungguh hebat benar' dan 'sungguh hebat betul' adalah tidak gramatis. Frasa yang gramatis ialah 'sungguh hebat', hebat benar' dan 'hebat betul'. Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat.Tatabahasa21.02.2011

Kembali ke atas