Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf kelapan abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata h


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya bagaimana mennyebut H1N1 dan H7N9 dalam bahasa Melayu, apakah H. Satu N. Satu dan H. Tujuh N. Sembilan? Ketika ini saya dengar semua media elektronik di Malaysia dalam berita bahasa Melayunya menyebut H. One N. One dan H. Seven N. Nine, tapi dalam berita bahasa Cina, sebutan angka itu dibaca dalam bahasa Cina. Saya juga ada mendengar berita bahasa Melayu dari TV Singapura yang menyebut angka itu dalam bahasa Melayu. Jadi saya keliru apakah betul sebutan media berbahasa Melayu di Malaysia. SekianSebutan sepertimana bentuk visualnya dalam bahasa Melayu, iaitu H1N1 disebut H satu N satu dan H7N9 disebut H tujuh N Sembilan.Tatabahasa11.04.2013
Adakah huruf h dan huruf k dalam perkataan hari kantin perlu ditulis dalam huruf besar ketika menulis dalam karangan. Contoh: Sekolah saya mengadakan hari kantin pada hari Jumaat yang lalu.Ejaan yang betul ialah Hari Kantin.Ejaan16.07.2012
Antara "hari raya Aidilfitri" (h dan r huruf kecil) dengan "Hari Raya Aidilfitri" (h dan r huruf besar), yang mana tepat?Dalam ayat biasa frasa hari raya Aidilfitri adalah betul, tetapi dalam penulisan tajuk atau ucap selamat frasa Hari Raya Aidilfitri adalah betul.Ejaan28.08.2011
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
bagaiamakah penggunaan singkatan bagi tahun masihi dan hijri. Adakah 1445 H atau 1445H?Tidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain12.01.2023
Tuan, mana satu tulisan yang betul melibatkan M atau H bagi tahun masihi dan hijrah: - 4 Oktober 2021M bersamaan 27 Safar 1443H; - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443; atau - 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443HTidak ada format yang standard berkenaan cara penulisan yang melibatkan tahun Masihi (M) dan tahun Hijrah (H). Walau bagaimanapun, dalam memo dan surat, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan 4 Oktober 2021 bersamaan 27 Safar 1443 sahaja.Lain-lain04.10.2021
Apakah sebutan yang betul bagi huruf H? Eitch atau hech? Jika hech, sejak bilakah sebutan ini dikuatkuasakan? Sewaktu saya di alam persekolahan tahun 70an dan 80an, sebutan yang diajar di sekolah ialah eitch. Terima kasih.Sebutan yang betul ialah ec . Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lain-lain28.01.2008
7)Workers House /Store 8)TNB Sub-Station H.T switch gear room, transformer room, MSB room, generator room. 9)Workshop 10)Water Tank 11)Septic Tank7)Rumah Pekerja/Stor 8)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi,bilik transformer,bilik MSB,bilik generator. 9)Bengkel 10)Tangki Air 11)Tangki SeptikIstilah25.10.2011
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA

takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); 

Makna21.08.2009
1. Kenapa DBP eja "sejarawan" bukan "sejarahwan"? Apa sebabnya huruf H dibuang?Dalam Kamus Dewan, perkataan sejarawan yang dimasukkan sebagai entri. Berdasarkan carian melalui Internet data sejarawan jauh lebih banyak berbanding dengan sejarahwan. Data Korpus DBP menunjukkan sejarawan sebanyak 1119, manakala sejarahwan hanya 27. Berdasarkan semakan kami juga kata terbitan dengan akhiran -wan mengikuti vokal, belum ada lagi konsonan seperti sejarahwan, berkemungkinan juga aspek sebutan mempengaruhi pembentukan kata terbitan sejarawan dan Kamus Dewan merakam sejarawan sebagai kata yang baku. Istilah18.08.2021
123456789

Kembali ke atas