Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ba] | هاب

Definisi : 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, mema­nas­kan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pema­nasan, pembahangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ba] | هاب

Definisi : 1 kesan bahang yg dpt dirasai dr sesuatu benda yg panas; hawa yg panas. 2 tenaga yg dpt memanaskan sesuatu dan dpt ditukarkan menjadi tenaga sawat. ~ pelakuran ist haba yg diperlu­kan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. ~ pendam ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. berhaba 1 ada habanya. 2 terasa panas; berbahang. menghabakan mengeluarkan haba; membahangkan. penghabaan proses mengeluarkan haba: Hujan di kawasan benua Eropah adalah drpd jenis hujan per­olakan yg diakibatkan oleh ~ tanah daratan dlm musim dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haba (kata nama)
Bersinonim dengan kepanasan hawa, bahang;,
Kata Terbitan : penghabaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
haba tindak balasheat of reactionHaba yang dibebaskan atau diserap apabila tindak balas kimia lengkap berlaku di antara bahan tindak balas. Contohnya, haba pemendakan, haba penyesaran, haba pembakaran dan haba peneutralan.Menengah Atas
haba penyesaranheat of displacementPerubahan tenaga apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya.Menengah Atas
haba peneutralanheat of neutralizationPerubahan tenaga apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara satu mol ion hidrogen (H+), dengan satu mol ion hidroksida OH-.Menengah Atas
haba pemendakanheat of precipitationPerubahan tenaga apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya.Menengah Atas
haba pendamlatent heatHaba yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan jirim.Menengah Atas
haba pembakaranheat of combustionHaba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.Menengah Atas
muatan habaheat capacityJumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak 1 kelvin.Menengah Atas
haba pendam pengewapanlatent heat of vapourizationHaba yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan jirim daripada cecair kepada gas atau sebaliknya pada takat didih.Menengah Atas
haba pendam pelakuranlatent heat of fusionHaba yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan jirim daripada pepejal kepada cecair, atau sebaliknya pada takat lebur.Menengah Atas
pengaliran habaheat flowProses pergerakan tenaga haba dari tempat yang panas ke tempat yang sejuk.Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas