Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ba] | هاب

Definisi : 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, mema­nas­kan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pema­nasan, pembahangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ba] | هاب

Definisi : 1 kesan bahang yg dpt dirasai dr sesuatu benda yg panas; hawa yg panas. 2 tenaga yg dpt memanaskan sesuatu dan dpt ditukarkan menjadi tenaga sawat. ~ pelakuran ist haba yg diperlu­kan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. ~ pendam ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. berhaba 1 ada habanya. 2 terasa panas; berbahang. menghabakan mengeluarkan haba; membahangkan. penghabaan proses mengeluarkan haba: Hujan di kawasan benua Eropah adalah drpd jenis hujan per­olakan yg diakibatkan oleh ~ tanah daratan dlm musim dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haba (kata nama)
Bersinonim dengan kepanasan hawa, bahang;,
Kata Terbitan : penghabaan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
selamat (Ig. touchsafe system; Br. sistem sentuh selamat ; Id. sistem aman sentuh) 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyahihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau

Kembali ke atas