Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ba] | هاب

Definisi : 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, mema­nas­kan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pema­nasan, pembahangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ba] | هاب

Definisi : 1 kesan bahang yg dpt dirasai dr sesuatu benda yg panas; hawa yg panas. 2 tenaga yg dpt memanaskan sesuatu dan dpt ditukarkan menjadi tenaga sawat. ~ pelakuran ist haba yg diperlu­kan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. ~ pendam ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. berhaba 1 ada habanya. 2 terasa panas; berbahang. menghabakan mengeluarkan haba; membahangkan. penghabaan proses mengeluarkan haba: Hujan di kawasan benua Eropah adalah drpd jenis hujan per­olakan yg diakibatkan oleh ~ tanah daratan dlm musim dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haba (kata nama)
Bersinonim dengan kepanasan hawa, bahang;,
Kata Terbitan : penghabaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heat increment)peningkatan habaVeterinarTiadaPeningkatan jumlah pengeluaran haba badan akibat pengambilan makanan dalam persekitaran termoneutral. Peningkatan ini merangkumi haba fermentasi, haba dari proses pencernaan dan haba yang dihasilkan daripada proses pencernaan nutrien.
heat storagestoran haba/simpanan habaKejuruteraanTiadaTiada
secondary heat exchangerpenukar haba sekunderKejuruteraanTiadaPenukar haba untuk memindahkan haba daripada litar pendingin sekunder ke litar pendingin tertier.
heat spreader plateplat perebak habaAeroangkasaTiadaAlat pada pesawat yang mempunyai ciri penyingkir haba bagi mengurangkan kesan haba.
heat of product formationhaba fermentasiVeterinarTiadaJumlah haba yang terhasil dalam salur pencernaan akibat aktiviti mikrob. Pada haiwan ruminan, haba ini merupakan komponen utama bagi haba pencernaan.
heat transferpemindahan habaKimiaTiada1. Pergerakan haba dari satu jasad ke jasad yang lain melalui kaedah sinaran, olakan ataupun konduksi.,2. Penyerapan haba oleh medium bendalir yang membawanya daripada sumber haba dan membebaskannya, sama ada ke udara atau ke cecair lain.
heat conductivitykekonduksian habaKimiaTiadaSukatan kadar pengaliran haba melalui bahan tertentu, yang disukat sebagai amaun haba yang mengalir dalam masa tertentu pada suatu perbezaan suhu, melalui bahan yang mempunyai ketebalan tertentu dan luas keratan rentas tertentu, dengan tiada haba yang hilang atau diperoleh semasa pengaliran berlaku.
heating bathrendaman habaFarmasiTiadaBekas yang digunakan untuk menampung agen pemindahan haba cecair seperti air, minyak, atau glikol. Bekas ini merupakan sumber haba dan rendaman cecair yang memindahkan haba kepada bahan lain dalam sistem terkawal. Contohnya, rendaman air dan rendaman minyak.
absorber of heatpenyerap haba; alat serap habaFizikTiadaTiada
absorber of heatpenyerap haba; alat serap habaKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas