Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : (Bio) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi: ada per­bezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~ dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan; ~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat yg dibuat (disedia­kan) oleh manusia utk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : ist tempat hidup atau tempat tinggal organisma (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Tanah pun merupakan ~ bagi haiwan yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habitat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tempat tinggal, persekitaran.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 & HARI HABITAT SEDUNIA 2017 ATAU MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR & HABITAT SEDUNIA 2017 atau MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA & HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Cara penulisan dan atur letak yang betul untuk majlis ini adalah seperti yang berikut:


MAJLIS PERASMIAN
HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017
DAN
HARI HABITAT SEDUNIA 2017

Lain-lain31.10.2017
Ayat manakah yang betul? 1. Cikgu Loo memberikan penerangan tentang kehidupan dan habitat arnab kepada murid-muridnya. 2 Cikgu Loo memberikan penerangan kepada murid-muridnya tentang kehidupan dan habitat arnab.Kedua-dua ayat betul.Tatabahasa21.02.2012
Mohon bertanya. Apakah maksud terarium? Memang wujud perkataan ini atau tidak? Terima kasih.

Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bumi.

Makna15.10.2014
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdTuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu.Lain-lain08.07.2014
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdYa benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum.Makna09.07.2014

Kembali ke atas