Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dam] | هضم

Definisi : Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak ~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna; menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimi­lasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; terhadam sudah dihadam, tercerna; keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan; penghadaman proses menghadamkan, pen­cernaan: sistem ~; penghadam sesuatu yg menghadamkan (makanan), pencerna (makanan); air ~ makanan bahan kimia dlm tubuh (yg meng­hadamkan makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dam] | هضم

Definisi : menjadi hancur atau cair di dlm perut (ttg makanan); cerna: Makanan berlemak susah ~. menghadamkan menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. terhadam sudah dihadamkan; tercerna. penghadaman proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadam (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cerna, hancur, serap, larut;,
Kata Terbitan : menghadamkan, terhadam, penghadaman, penghadam,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
undigestedadj 1. tdk /hadam, cerna/: ~ food, makanan yg tdk hadam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
settle 1 6. (of food) be digested properly, hadam: let the food ~ before you go swimming, biar makanan hadam sebelum kamu pergi berenang; 7. reach agreement, membuat penyelesaian: it would be useful if we could ~ without going to court, elok kalau kita dapat membuat penyelesaian tanpa ke mahkamah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soft 11. flabby, lembik: ~ muscles, otot-otot yg lembik; 12. (ref to diet) mudah hadam: the patient has been put on a ~ diet, pesakit itu diberi makanan mudah hadam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
digestvi cerna, hadam: some foods ~ more easily than others, setengah-setengah makanan lebih mudah cerna drpd makanan yg lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
digestibleadj mudah /cerna, hadam/: ~ protein, protein mudah cerna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
digestedadj (ter)cerna, hadam: half ~, setengah tercerna; well ~, cukup tercernaKamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas