Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rangkai kata masa hadapan boleh tak digandakan menjadi masa- masa depan. Cth semoga semangat ini dpt diteruskan pada masa hadapan atau masa-masa hadapan?Frasa "masa hadapan" boleh digandakan menjadi "masa-masa hadapan", namun penggunaan "masa hadapan" telah memadai.Tatabahasa26.05.2014
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya?Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik hadapan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2.Tatabahasa12.06.2012
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan?Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan.Makna20.05.2012
Apakah perbezaan maksud di antara "di hadapan" dan "dihadapan", atau pun "kehadapan" dan "ke hadapan"?

Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana.  2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain29.07.2010
apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu?

Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa27.07.2010
Assalamualaikum, Yang manakah penggunaan yang betul? 1. ..... di barisan hadapan. 2. ..... pada barisan hadapan.Ayat yang betul ialah di barisan hadapanTatabahasa28.02.2021
Di hadapan atau dihadapan yang manakah betul? Mohon pencerahan. Terima kasihSalam sejahtera,

Ejaan yang betul ialah di hadapan.

Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan.
1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana.  
2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. 

Sekian, terima kasih.

Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Tatabahasa11.06.2020
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa09.05.2013
Carian melalui laman sesawang PRPM menunjukkan bahawa padanan yang sesuai bagi perkataan 'frontliner' adalah barisan hadapan, tetapi bukankah barisan hadapan lebih sesuai dipadankan kepada 'frontline' berbanding 'frontliner'?Untuk makluman pihak tuan, perkataan "front line" membawa maksud baris depan dan perkataan ini juga boleh digunakan untuk merujuk barisan hadapan bergantung pada konteks dan penggunaannya.Makna06.02.2021
Kenapakah kata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir di dalam satu ayatKata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir bersama-sama di hadapan dan di belakang kata adjektif dalam satu ayat kerana kata penguat hadapan atau kata penguat belakang  sudah lengkap menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 259 - 260) Tatabahasa10.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas