Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.diah] | هديه

Definisi : 1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pe­menang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak; ~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di se­baliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu per­tandingan: tiga buah cerpen telah meme­nangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8; berhadiah 1. ada disediakan hadiah: per­tandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberi­kan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatan­kuasa; menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.diah] | هديه

Definisi : 1 apa-apa yg diberikan kpd seseorang kerana menghargai jasanya, sbg kenang-kenangan dll: Dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya. 2 upah atau ganjaran kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan dsb: Pemenang dlm perlumbaan itu diberi ~ sebuah piala perak. ~ Nobel hadiah tahunan kerana sumbangan yg istimewa dlm lapangan perubatan, kesusasteraan, ekonomi dll. ~ sagu hati hadiah atau ganjaran yg diberikan kpd peserta-peserta yg kurang bernasib baik. menghadiahi memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Pembasuh tangan bidan.

Bermaksud :

Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reward systemsistem ganjaranPergigianTiadaKaedah menarik minat dan memujuk kanak-kanak untuk menerima rawatan atau menjaga kesihatan dengan memberi ganjaran dalam bentuk pujian atau hadiah. Biasanya hadiah seperti lencana, pelekat atau model akan diberikan selepas rawatan dijalankan.
الشبكةhadiah pinanganAgama IslamFiqhHadiah yang diberi kepada bakal isteri semasa peminangan.
advertisting specialtyiklan hadiahPentadbiranTiadaRisalah yang dicetak dengan nama pengiklan dan diberi kepada pengguna sebagai hadiah.
tributary statenegeri uftiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang membayar ufti atau sumbangan hadiah kepada sebuah negara lain yang lebih besar kedudukan dan kekuatannya. Ufti ini dibayar sebagai tanda menghormati, mengiktiraf kekuatan, meminta perlindungan dan jaminan supaya tidak diserang. Sumbangan pula boleh berbentuk bayaran wang, emas atau hadiah. Secara amnya, negara ini tidak dijajah secara langsung tetapi tidak juga bebas sepenuhnya kerana negara yang besar tersebut sering mengancam kedudukannya. Contohnya, bunga emas yang dihadiahkan oleh kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Siam pada abad ke-18.
grantgeranPentadbiranTiadaPeruntukan kewangan atau bantuan material yang diberikan kepada individu atau kumpulan sama ada sebagai hak, hadiah, perbelanjaan untuk sesuatu projek yang mesti dilaksanakan atau semata-mata kerana penghormatan terhadap pihak tersebut. Ia boleh diberi secara sekali gus mahupun secara beransur-ansur. Geran ini boleh bersifat pemberian percuma seperti hadiah atau penghargaan hasil dari kejayaan seseorang atau biasiswa kepada golongan miskin yang layak menerimanya dan boleh juga bersifat kontraktual seperti terikat dengan sesuatu projek yang mesti dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dengan hasil yang memuaskan. Contohnya geran penyelidikan kepada ahli akademik untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan yang mesti diakhiri dengan laporan penyelidikan yang memuaskan pihak universiti dan geran wajib kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri setiap tahun melalui Majlis Kewangan Negara. Sinonim sumbangan, bantuan.
rewardhadiah; upah; ganjaranPendidikanTiadaTiada
awardhadiah; awardPendidikanTiadaTiada
rewardhadiah; upah; ganjaranPentadbiranTiadaTiada
awardhadiah; awardPentadbiranTiadaTiada
prizehadiahEkonomiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas