Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan.

Untuk makluman puan,  format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh  institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat:
 

1.   1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan.

2.   2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia.

3.   3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain28.02.2012
Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang?Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan.Tatabahasa20.07.2012
Tuan, Mohon dapat bantu mengenai persoalan yang diajukan. 1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. Sekian, terima kasih.

Untuk makluman puan,  format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh  institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat:
 

1.   1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan.

2.   2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia.

3.   3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain28.02.2012
Tuan, 1.Antara hadir di sekolah dengan hadir ke sekolah yang manakah lebih tepat penggunaannya? 2.Betulkah perkataan ke hadapan dalam surat kiriman rasmi dieja kehadapan? 3.Adakah kata ia hanya digunakan untuk manusia sahaja? Terima kasih.

1. Hadir di sekolah - kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju (seperti ayat: Dia akan ke sekolah)

2. Ejaan yang betul ialah ke hadapan.

3. 'Ia' ialah kata ganti nama diri ketiga atau kata ganti benda (bukan binatang) yang dibicarakan.

Tatabahasa01.04.2011
...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu?...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu?
Kedua-dua istilah, iaitu 'temu mesra' dan 'temu murni' tiada dalam pangkalan DBP. Tuan boleh memberikan istilah sumber sekiranya daripada bahasa Inggeris dan DBP akan cuba memberikan cadangan padanan mengikut konsep yang dimaksudkan.  Perbezaan boleh diberikan dengan melihat konteks penggunaannya.
Istilah23.01.2014
manakah yang betul? (a)Amir hadir ke majlis itu (b)Amir hadir dalam majlis itu.. tolong jelaskan.. terima kasih....Ayat yang betul ialah, Amir hadir dalam majlis itu - hadir sama maksud dengan ada dan tidak gramatis jika diikuti dengan kata sendi ke.Tatabahasa31.07.2010
Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidap selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidapi selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana mengalami selesema. Yang mana betul. Menghidap selesema, menghidapi selesema, mengalami selesema?Cadangan jawapan yang sesuai ialah menghidap selesema dan mengalami selesema.Tatabahasa01.09.2021
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'antara' dengan 'di antara'? 2. Ayat manakah yang lebih tepat: 'Saya hadir pada jam 8:00 pagi'. atau 'Saya hadir pada pukol 8:00 pagi.'1. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak.

2. Ayat yang lebih gramatis ialah "Saya hadir pada pukul 8.00 pagi."
Tatabahasa05.06.2013
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini?Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya.Tatabahasa01.08.2008
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan.  Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan.  Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat.Tatabahasa17.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas