Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.di.rin] | حاضيرين

Definisi : = para ~ Ar sekalian yg hadir (dlm majlis jamuan dll): para ~ bertepuk tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.di.rin] | حاضيرين

Definisi : = para ~ sekalian orang yg hadir dlm sesuatu majlis dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Frasa nama yang manakah betul? a. ( Semua hadirin / hadirin )berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 2. berdekatan dengan sekolah / berdekatan sekolah1. Hadirin berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku - hadirin bermaksud sekalian yang hadir.
2. Berdekatan sekolah - berdekatan bermaksud dekat dengan sesuatu.
Tatabahasa09.12.2014
Betul atau salah penggunaan ayat Para Hadirin Sekalian dan Hadirin dan Hadirat? Untuk makluman, saya pernah bertanyakan tentang soalan ini iaitu pada tarikh 6/10/2007 , namun hingga sekarang masih belum terjawab.Sekian, terima kasih.Para hadiran atau hadirin sekalian atau hadirin hadirat.Tatabahasa23.11.2007
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama?Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi".Tatabahasa15.08.2015
Mengikut Kamus Dewan (ms 498), entri hadirin bermaksud sekalian yang hadir. Mengikut pemahaman saya, daripada maksud yang diberikan oleh KD, kata hadirin itu merupakan kata nama majmuk. Sekiranya perkataan tersebut sudah menunjukkan penanda majmuk, maka tidak perlu lagi ada perkataan lain yang juga menunjukkan penanda majmuk untuk mengelakkan kelewahan. Tetapi frasa contoh yang diberikan oleh KD iaitu "...para hadirin bertepuk tangan", mengikut pemahaman saya adalah lewah. Hal ini kerana kata "para" itu sudah menandakan jamak, maka kata tersebut tidak perlu digandingkan dengan kata "hadirin". Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Pada pendapat saya,ayat para hadirin bertepuk tangan boleh ditulis sebagai hadirin bertepuk tangan. Tidak timbul soal lewah atau sebagainya. Itulah sebenarnya keunikan bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tkasih.Tatabahasa07.08.2008
Bolehkah "para hadirin sekalian" ditulis dalam karangan berformat syarahan? Saya telah menulis "para hadirin sekalian" sebanyak 3 kali dalam peperiksaan SPM 2011 hari ini, jika salah, adakah banyak markah peperiksaan akan merosot? Sila beritahu jika salah, terima kasih.Pengulangan perkataan/frasa dibolehkan asalkan bersesuaian maknanya dan fungsinya dalam wacana tersebut. Walau bagaimanpun untuk tujuan peperiksaan lebih baik saudara merujuk dan berbincang dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tatabahasa14.11.2011
Salam sejahtera tuan. Adakah hadirin merujuk kepada lelaki dan hadiran merujuk kepada perempuan? terima kasih.

Penggunaan frasa yang betul ialah “hadirin” dan “hadirat”.  Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak merujuk kepada jantina tertentu.

Tatabahasa07.01.2022
Salam tuan, Mana satu yang tepat : a) berbuat bising b) membuat bising c) para hadirin yang saya muliakan d) hadirin yang saya muliakan e) tuan-tuan dan puan-puan sekalian

b). membuat bising. c dan d kedua-duanya boleh digunakan. e juga betul.

Tatabahasa27.02.2010
1) Adakah istilah " generasi dotcom" boleh digunakan dalam penulisan pelajar? 2) Adakah istilah "gajet" wujud? 3) Adakah penggunaan "Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian" betul? 4) Adakah penggunaan pengikat kata perlu diletakkan bagi setiap perkataan bahasa Inggeris atau boleh sekali sahaja contoh; "Twitter", "Instagram" dan "facebook" atau "Twitter, Instagram dan facebook"1. Istilah "generasi dotcom" taida dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya ingin digunakan juga perkataan tersebut, boleh letakkan tanda pengikta kata ("   ") seperti "generasi dotcom".2. Tiada istilah "gajet", yang ada ialah "alat" atau "alatan" (sebgai padanan kata "gadget" dalam bahasa Melayu. 3. "Hadirin" sahaja sudah memadai. "Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian" juga betul. 4. Tidak perlu letak tanda pengikat kata bagi Facebook, Twitter dan Instagram  kerana ketiga-tiganya ialah laman sosial (nama khas).Tatabahasa07.10.2014
Dalam ucapan , adakah Yang Mulia , dan Yang Berusaha , Yang Diraikan perlu letak huruf besar. Adakah ayat ini betul; 1.Para hadirin sekalian 2.Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis , Guru Besar , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih.Dalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal ayat perlu ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Para hadirin sekalian, Yang Mulia tuan pengerusi majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Tatabahasa18.05.2007
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang.
2. "Para hadirin" sahaja.
3. Saudara-saudari
4. Tuan-tuan dan puan-puan
5. Betul.
6. Betul.
7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi".
8. Betul.
9. Guru semua atau guru-guru.
10. Betul.
11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?".
12. Salah.
13. Betul.
14. Betul
Tatabahasa07.05.2013
123

Kembali ke atas