Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dis]/[ha.dith] | حديث

Definisi : Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi SAW yg dapat memberi jawaban tepat kpd kemusykilan ini; berhadis bercakap (berucap) dgn mengguna­kan hadis sbg dalil: dia ~ utk menguatkan hujahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dis]/[ha.dith] | حديث

Definisi : sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. berhadis mengucapkan atau meng­gunakan hadis sbg dalil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hadis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penjodoh bilangan bagi hadis? sebuah hadis... / sepotong hadis... atau ada lain2 lg?Untuk makluman, perkataan hadis tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk hadis.Tatabahasa29.08.2015
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar?Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi.Ejaan24.07.2012
Yang mana betul: hadis qudsi? Hadis kudsi Fengshui atau feng shuiEjaan yang betul ialah hadis kudsi dan feng syui.Ejaan29.01.2014
Manakah penggunaan yang lebih tepat? Hadis atau Al-Hadis? Mengapa ejaan bagi Hadis tidak dieja dengan Hadith yang mana lebih menepati sebutan Arab, begitu juga penggunaan Al yang lebih menepati displin penulisan Arab. Tambahan pula ini adalah perkataan yang diserap dari bahasa Arab.Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Tatabahasa07.09.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih

Singkatan untuk alaihissalam ialah  a.s.
Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah  r.a.
Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah.
Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi

Ejaan12.06.2015
Hadis ini menerangkan mengenai konsep....... Soalan: Perlukah diletakkan perkataan mengenai di situ, atau tidak perlu? dan mengapa? terima kasih.

Antara maksud perkataan mengenai termasuklah berkaitan dengan atau tentang. Berdasarkan makna yang tersebut kata mengenai boleh digunakan dalam konteks makna yang tersebut. Walau bagaimanapun kata yang lebih lazim digunakan ialah 'tentang' kerana mengenai lebih kerap digunakan untuk maknanya yang pertama, iaitu 'kena pada'.

Tatabahasa02.05.2011
Selamat sejahtera tuan/puan, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi perkataan berikut: 1) Mudawwin dan mukharrij Konteks: Orang yang menulis sesebuah hadis dalam kitab hadis disebut sebagai mudawwin atau mukharrij. 2) Maudu' atau mauduk Konteks: Hadis maudu' 3) Istinsyaq dan istinsar Konteks: Istinsyaq adalah perbuatan menghirup air ke dalam lubang hidung, manakala istinsar pula adalah mengeluarkan air itu semula. 4) Adakah kayu sugi perkataan baku bagi kayu siwak? 5) Bolehkah perkataan "bersama-sama" dan "dengannya" hadir bersama dalam satu ayat? Konteks: “Sesiapa yang mengamalkan sunahku, maka dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, maka aku akan (bersama-sama dengannya) / (bersama-samanya) di syurga.” 6) Apakah kata yang sesuai bagi "sa" dan "mudd" berdasarkan dunia sekarang? Konteks:Rasulullah SAW mandi dengan air sebanyak satu sa sehingga lima mudd, manakala berwuduk dengan satu mudd air Terima kasih.Untuk makluman tuan, bagi kata yang berkaitan dengan istilah agama Islam yang berkaitan dengan akidah dan hukum yang bersumberkan al-Quran dan Hadis yang dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi. 
1. Mudawwin, Mukharrij
2. Hadith Maudhu'
3. Ejaan ketiga, perlu dilihat ejaan asal sama ada "shin" atau "shod"
4. Kamus Dewan merakamkan kayu sugi yang sama makna dengan siwak/kayu siwak. 
5. Penggunaan yang betul ialah bersama-sama atau bersama dengan.
6. Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang maksud perkataan yang terkandung dalam hadis ini.
Ejaan19.10.2020
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan MuslimKetiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi.Tatabahasa05.03.2020
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah?Salam sejahtera

1. Ejaan yang betul ialah al-Quran
2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis
3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. Sunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. 
Ejaan31.07.2016
Anti hadis atau antihadis yang betul?antihadisTatabahasa28.02.2013
1234

Kembali ke atas