Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hafal;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;Tatabahasa12.10.2013
Salam, saya ingin mengetahui apakah perbezaan maksud antara hafalan dengan hafazan? adakah perkataan Hafazan tidak wujud dalam kamus Dewan(kerana tiada maklumat diperoleh dalam Kamus Dewan secara online mengenai makna hafazan),hanya wujud perkataan hafalanHafalan dan hafazan terbit daripada kata hafal dan hafaz.  Hafal bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan dan hafalan ialah hasil daripada perbuatan menghafal. Hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran) dan hafazan ialah hasil daripada perbuatan menghafaz.Tatabahasa13.09.2011
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011
Assalamualaikum. Saya hidayah. Saya hendak bertanyakan beberapa istilah dalam bahasa Inggeris untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Contoh: 1. cutting-edge. Contohnya, cutting-edge 21st century software, cutting-edge voice recognition analyzer. 2. Instructional Technology 3. interconnected 4. rote learning Harap pihak tuan dapat memberikan maklum balas kepada saya berhubung dengan istilah ini. Terima kasih.Salam sejahtera,

Cadangan padanan teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.

Cutting-edge- mata pemotong

Instructional Technology- Teknologi Sistem Pengajaran

Interconnected- Saling berkait

Rote learning- Pembelajaran hafal

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan24.07.2019

Kembali ke atas