Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai] | هاي

Definisi : 1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian Mukmin, taatlah kamu kpd Allah; 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan): ~, malangnya nasib diri; kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita; 3. sr kata utk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai] | هاي

Definisi : 1 kata seru utk menegur, menarik perhatian dll: ~! Apa khabar? 2 kata seru utk melahirkan sesuatu perasaan atau keluhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hai

Puisi
 

Hai memukatlah orang tatang gosong,
     Tanai si Jakek mato Aji;
Untunglah omak nan menolong,
     Maka terjejak tanah sepi.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Hai, apa khabar? 2. Hai, apa khabar! Yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Hai, apa khabar?"Lain-lain30.09.2022
Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih

Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika  didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan:

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan”

 

atau

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”.

Tatabahasa27.02.2024
Hai dan salam sejahtera. Ingin bertanya penggunaan perkataan yang mana betul : dalam skrin atau pada skrin ? Cth ayat : segala maklumat akan terpapar (dalam / pada) skrin dalam sekelip mata Terima kasihJawapan yang betul ialah “pada skrin”.Tatabahasa28.01.2024
Hai. Saya berminat untuk dapatkan "POS tagger ( part of speech tagger)" daripada Korpus DBP untuk kajian PHD saya yang tertajuk POS tagger in Malay social media data. Terima Kasih Mohd Mukhlis Bin Mohd Sharif 0192786537 mohdmukhlis@gmail.comUntuk makluman tuan, tuan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", tuan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", tuan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus".Lain-lain01.12.2023
Hai, saya nak tanya penjodoh bilangan untuk brokoli. Setakat yang saya tahu brokoli kita gunakan sebiji. Tapi, bagaimana untuk setiap tunas daripada sebiji brokoli? Adakah betul kalau kita gunakan tunas brokoli? Untuk terjemahan yang saya jumpa dalam bahasa Inggeris, "Cutting each group of broccoli in half." Boleh cadangkan ayat yang sesuai?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Cadangan padanan yang sesuai ialah potongan kecil brokoli.Istilah18.02.2023
Hai, boleh saya tahu, apakah kata ganti nama diri ketiga untuk benda, majmuk? Contohnya ayat Bahasa Inggeris: 1) She loves them. The cats. 2) I eat them at his birthday party.Kata Ganti Nama Diri Ketiga untuk Benda ialah itu dan ini.Tatabahasa03.10.2022
Hai, Di manakah pautan dalam laman sesawang DBP untuk saya mencari rujukan berkenaan tatabahasa bagi penggunaan tanda baca, tanda seru dan sebagainya. Sekian. Yang Benar, Salihudin Yasin

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan bahan rujukan tentang tatabahasa Melayu, saudara bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/.

Saudara juga boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP. 


Lain-lain12.09.2022
Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin YasinEjaan yang betul ialah Sendirian Berhad, Sdn. Bhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. Ejaan12.09.2022
Hai minta betulkan ayat di bawah : 1) Ali telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2) Rasulullah memartabatkan wanita di tempat yang tinggi kerana ia mulia di sisi Allah. 3) Ani telah menguasai syarikat itu setelah ayahnya sudah meninggal. 4) Ali merupakan seorang yang tegas dalam kebersihan. 5) Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. 6) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 7) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di Parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 8) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 9) Allah yang menguasai segalanya. 10) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 11) Kanak-kanak perlu menguasai ilmu fardhu ain dari sejak kecil lagi. 12) Darah melambangkan nyawa.Pihak DBP hanya memberikan khidmat nasihat bahasa kepada orang awam. Untuk soalan seperti di atas, sila betulkan dahulu ayat tersebut dan kemudian boleh dihantar kepada pihak DBP untuk penyemakan bagi jawapan/ayat yang betul.Lain-lain13.07.2022
Hai, saya sedang mengumpulkan data untuk latihan ilmiah. Boleh saya tahu: 1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Hot and Spicy"? 2. Yang manakah perkataan tepat untuk "lapangsasar" atau "lapang sasar"? 3. Adakah ayat ini betul "Dilarang masuk tanpa pihak berkebenaran"?
  1. Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat ialah “Pedas dan Berempah”
  2. Perkataan yang betul ialah “lapang sasar”.
  3. Ayat yang betul ialah “Dilarang masuk tanpa kebenaran”.

Penyemakan dan penterjemahan26.06.2022
1234567

Kembali ke atas