Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai] | هاي

Definisi : 1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian Mukmin, taatlah kamu kpd Allah; 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan): ~, malangnya nasib diri; kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita; 3. sr kata utk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai] | هاي

Definisi : 1 kata seru utk menegur, menarik perhatian dll: ~! Apa khabar? 2 kata seru utk melahirkan sesuatu perasaan atau keluhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hai

Puisi
 

Hai memukatlah orang tatang gosong,
     Tanai si Jakek mato Aji;
Untunglah omak nan menolong,
     Maka terjejak tanah sepi.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic constantpemalar dinamikTeknologi MaklumatPerisianPemalar yang memperoleh nilai yang dikira sewaktu sesuatu atur cara dilaksanakan. HaI ini bererti nilai bagi pemalar dinamik tidak boleh ditentukan semasa pengkompilan atur cara seperti pada pemalar statik. Contoh pemalar dinamik dalam bahasa C++ atau Java adalah seperti yang berikut: final int a = b + 30.
donationtabarru’EkonomiEkonomi IslamTindakan memberi derma, sumbangan, hadiah atau membuat kebajikan secara sukarela dalam kalangan peserta takaful. HaI ini bermakna, peserta takaful bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada carumannya untuk tujuan tabarru’. Bahagian caruman yang disumbangkan untuk tujuan ini akan ditentukan oleh aktuari berdasarkan kebarangkalian berlakunya musibah. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta yang diuruskan oleh syarikat pengendali takaful untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Baki akaun peserta khas yang belum digunakan akan dilaburkan untuk sementara waktu bagi mendatangkan keuntungan supaya nilai wang tabarru’ tersebut dapat ditingkatkan.
treaty retakafultakaful semula tritiEkonomiEkonomi IslamProduk takaful semula yang menghendaki pengendali takaful membuat takaful semula terhadap semua risiko yang memenuhi syarat dan peruntukan dalam triti takaful semula. HaI ini bermakna, semua risiko tersebut mesti ditakafulkan semula secara automatik oleh pengendali takaful dan syarikat takaful semula pula mesti menerima risiko tersebut secara automatik. Tujuan triti ini adalah untuk memudahkan urusan dan menjamin berlakunya takaful semula demi kepentingan semua pihak. Terdapat beberapa kategori takaful semula triti seperti takaful semula lebihan, takaful semula kongsi kuota, takaful semula lebihan kerugian dan takaful semula kerugian tersukat yang bergantung pada triti yang ditetapkan.
proportional retakafultakaful semula berkadarEkonomiEkonomi IslamProduk takaful semula yang menghendaki caruman dan pembayaran tuntutan dibahagi antara syarikat pengendali takaful dengan syarikat takaful semula mengikut peratusan atau nisbah tertentu. HaI ini bermakna, caruman dan pembayaran tuntutan akan dikongsi oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah berkenaan. Contohnya, takaful semula kongsi kuota dan takaful semula lebihan.
benevolent endowmentwakafEkonomiEkonomi IslamAkad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu.
qasidaqasidahKesusasteraanPuisiBentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin
software driverpemacu perisianTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang membolehkan atur cara komputer aras tinggi berinteraksi dengan peranti perkakasan tertentu. Satu pemacu biasanya berkomunikasi dengan peranti melalui bas komputer atau subsistem komunikasi yang dihubungkan dengan perkakasan tersebut. Apabila satu atur cara panggilan mengaktifkan satu rutin dalam pemacu, pemacu itu akan mengeluarkan perintah kepada peranti tersebut. Sebaik sahaja peranti menghantar data kembali ke pemacu, pemacu tersebut akan melaksanakan rutin dalam atur cara panggilan berkenaan. Pelaksanaan pemacu bergantung pada perkakasan dan sistem pengendali yang sedia ada. HaI ini bererti terdapat pemacu yang boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali tertentu tetapi tidak boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali yang lain. Pelbagai jenis pemacu perisian yang digunakan untuk menyediakan antara muka adalah seperti pemacu perisian pencetak, video, kad rangkaian, kad bunyi, bas tempatan, bas I/O untuk tetikus, papan kekunci dan USB, sistem fail yang berlainan, pengimbas imej serta kamera digital.

Kembali ke atas