Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hail


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHINTY,

Shinty sejenis permainan yang dimainkan di

Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd.

Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan.

Permainan ini serupa dengan permainan hoki,

tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih

pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan

cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola

ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar

dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada

dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit.

Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana

bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara

atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih

ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah

untuk merebut Piala Pusingan Persatuan

Camanachd.

UMUM 
STURGES, PRESTON

Sturges, Preston (1898–1959) ialah penulis dan

pengarah filem Amerika. Dia terkenal kerana

filemnya yang secara terang-terang

mempersendakan aspek kehidupan orang

Amerika. Filem The Great McGinty (1940)

mempersendakan penyangak politik. Sullivan’s

Travels (1941) menyerang nilai-nilai kepalsuan yang

dilihat oleh Sturges di Hollywood. The Miracle of

Morgan’s Creek (1944) dan Hail the Conquering

Hero (1944) memaparkan politik sebuah bandar

kecil dan pemujaan terhadap wira tentera. Sturges

juga menulis dan mengarahkan Christmas in July

(1940), The Lady Eve (1941), dan Unfaithfully Yours

(1948). Kesemuanya menunjukkan kemahiran

Sturges dalam menulis dialog lucu dan mencipta

komedi slapstick.

UMUM 
MOORE, GEORGE AUGUSTUS

Moore, George Augustus (1852–1933) ialah

pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan

pengaruh realisme Honore de Balzac dan

naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of

a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang

bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther

Waters (1894) menceritakan penderitaan dan

nasib malang seorang gadis pembantu rumah.

Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah

karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada

Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung

fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu

penyusunan semula yang amat imaginatif

mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan.

Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha

untuk mewujudkan drama asli Ireland dan

membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia

menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail

and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan

Conversations in Ebury Street (1924) merupakan

karya autobiolografinya dalam bentuk dialog.

UMUM 

Kembali ke atas